Pertama sekali mestilah korang dapat surat panggilan temuduga dari spaj lepastu korang kena buat persiapan lah dari segi penampilan , dokumen yang perlu difailkan , dan dokumen yang perlu dibuat salinan. Lagi satu aku nak beritahu salinan dokumen tak payah pengesahan tu ea haha sebab aku dah telefon spaj tanya dorang cakap tak payah hanya bawa sijil original dan salinan supaya nanti bole disemak oleh pihak peneliti dari spaj.
Okey aku malas nak panjang cerita jadi aku nak cerita soalan yang ditanya masa temuduga. Ini antara soalan yang aku kena jawab sebab korang pun nak tahu soalan apa yang dorang tanya je kan kahkah. Kebanyakan aku kena pasal johor je isu semasa takde langsung kecuali pasal menteri dan sultan. Calon temuduga yang lain aku tak tahu la pulak kan. Aku senaraikan tak ikut turutan sebab aku tak ingat mana satu yang ditanya dulu haha tapi ok lah kan.
1. Perkenalkan diri , latar belakang ,adik beradik , tahap pendidikan dan pengalaman kerja.
2. Tugas jawatan pembantu tadbir kewangan w19
3. Kenapa nak kerja kerajaan
4. Apa kelebihan kerja kerajaan
5. Tugas jawatan yang kau kerja sekarang kalau masih bekerja
6. Dulu sekolah kat mana dan apa nama sekolah
7. Tahap pendidikan tertinggi dan ada sambung belajar atau tidak
8. Apakah rukun negara yang pertama dan kedua
9. Adakah rukun negara pertama dan rukun iman pertama boleh dikatakan sama
Apakah rukun iman yang pertama
10. Siapakah nama sultan johor
11. Siapakah nama menteri besar johor
12.Gelaran yang berhormat atau yang amat berhormat yang mana paling tinggi
13.Berapa bilangan daerah dalam johor dan sebutkan
14. Bandar muar dikenali sebagai bandar apa
15. Dulu kat sekolah aktif sukan tak kalau aktif beritahu lah sukan apa
16. Di sekolah masuk unit uniform apa sukan apa kelab apa
Ada lagi tapi tak ingat tapi yang tak ingat tu benda simple pasal diri yang ditanya pun hahaha
Okey tulah soalan yang aku kena jawab. Ada 3 panel 2 penemuduga yang lagi sorang duduk diam semak fail. Ayat akhir penemuduga kata okey terima kasih kerana hadir temuduga kalau lulus jawapan akan diberi dalam masa 6 bulan ya. Pastu lupa nak bagitahu masa temuduga ada kamera atas laptop penemuduga tu wey hahaha kiranya ada video yang dorang akan tengok semula untuk penilaian semula mantap kan hahaha okey dah tu je aku cerita tata titi tutu...
This comment has been removed by the author.
ReplyDeletemaaf saya ingin bertanya adakah mempunyai soalan tambahan seperti bidang agama selain rukun iman ??
ReplyDeletesoalan dalam bahasa melyu ke bhse inggis ?
ReplyDeleteNak Tanya cetakan borang spaj online Tu yg mana
ReplyDelete